Monday, July 2, 2012

Nukilan buat isteriku..



Terima kasih cinta
Kerana mengajarku erti kebahagiaan
Kerana mengajarku akan kekuatan kasih sayang
Kerana membuktikan
Kekuatan cinta itu
Membentuk sebuah ikatan
Yang membuatkan aku
Rindu akan belaiaan,
Mengimpikan suara,
Mendambakan kasih sayang,
Seorang insane bernama isteri.

Terima kasih isteri,
Keranamu kutahu makna keikhlasan,
Kufahami erti kasih sayang,
Kumengerti cinta itu tiada sempadan,
Dan kutemui cinta sejatiku,
Dalam dirimu..

Janganlah dikau tanya kenapa, dimana, mengapa,
Kerana aku tahu
Aku tulus mencintaimu
Hingga akhir hayatku
Semoga Allah
Memperkenankan hasratku ini
Amin ya rabbal alamin.

1 comment: